
KUALA KRAU : Seperti kebiasaan setiap hari rabu YB Ustaz Shahril Azman ADUN Jengka akan meluangkan masa untuk bersama masyarakat di dalam Dun Jengka bagi mengadakan pertemuan.

Setelah hampir dua minggu Pejabat Adun Jengka tidak dapat beroperasi kerana pembantunya di kuarantin kontak rapat kes kluster Rantau Semarak yang positif Covid-19.

Setelah di sanitasi maka hari ini Pejabat Adun Jengka telah dibuka seperti biasa dan YB Ustaz Shahril Azman dapat meneruskan aktivitinya bersama masyarakat yang hadir dengan pelbagai urusan keperluan.

” Dalam masa Darurat serta PKPB ini kita mesti menjaga SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bagi mengekang kes Covid-19 dari terus merebak dan meningkat maka kurangkan aktiviti di luar , keluar hanya perlu sahaja ” ujar YB Ustaz Shahril.