Home Berita PAS Perlis

YB Guar Sanji Rai Jentera Pilihan Raya Pemuda

583
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Bertempat di Kg. Sungai Baru Tengah, Simpang Empat, telah diadakan Program Jumpa Orang Muda (JOM) anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau pada 8 Oktober yang lalu.

ADUN Guar Sanji, YB Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim dan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan adalah antara tetamu yang diundang dalam program berkenaan.

Program bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah disusuli dengan majlis bacaan Tahlil, Solat Isyak berjemaah serta jamuan makan malam.

Ustaz Mohd. Ridzuan ketika ditemui berkata, program berkenaan diadakan bagi meraikan para petugas yang telah terlibat dalam jentera pilihan raya pemuda kawasan berkenaan dalam PRU yang lepas.

“Ini adalah program JOM kali pertama dan InsyaAllah program ini akan diteruskan lagi bagi membolehkan kita menyantuni lebih ramai petugas parti yang telah bertungkus-lumus melaksanakan kerja-kerja pilihan raya.

“Ini (JOM) juga sebagai tanda pemuda menghargai segala pengorbanan mereka yang amat besar nilainya, hingga membolehkan PAS memenangi dua daripada lima kerusi DUN dalam Parlimen Arau dalam PRU14 yang lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, turut meluangkan masa beramah mesra dengan para hadirin yang hadir pada malam tersebut.