
Sejumlah 200 ahli layak menerima sumbangan barang makanan berupa beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain barangan kering yang ditaja oleh syarikat pengeluar racun Advansia dan juga inisiatif dari PPK Gunung Semanggol/Selinsing.

Sementara itu di pihak YB turut menyumbang kotak makanan sebagai tambahan dari sumbangan sedia-ada.
Penerima terdiri dari ahli-ahli PPK yang terkesan dalam situasi pandemik covid 19.

Turut hadir pengurus besar PPK Semanggol / Selinsing En. Ahmad Che Ros, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPK Tn. Hj. Abdul Rahman dan wakil syarikat Advansia.
