YB Ustaz Zakhwan bersama sekretariat Adun Tahan hari ini meneruskan agihan sumbangan sebanyak 50 beg barangan keperluan dapur yang melibatkan 4 buah kampung dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Tahan.
Alhamdulilah, pihak masjid yang menjadi tempat 4 buah kampung tersebut bersolat jemaah dan Jumaat sangat prihatin dengan suasana yang berlaku pada ketika ini dan telah mengeluarkan sejumlah wang masjid bagi membolehkan sebanyak 145 beg keperluan dapur dapat ditambah menjadikan jumlah keseluruhan hampir 200 beg. Ini boleh dijadikan contoh kepada masjid-masjid yang lain.
Petugas Barisan Hadapan di sekitar Dun Tahan juga disantuni pada hari dengan kami menghantar sumbangan makanan tengahari kepada mereka.
Sebelah petang, menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada para penjaja kecil, peniaga pasar malam dan penyewa kedai PBT di sekitar Kuala Tembeling, Kg. Besul dan Paya Teh.