KHAMIS 26 MAC 2020 – 12.01pm YB Andansura Rabu yang merupakan Adun Beserah bersama sahabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Berserah hari ini telah turun meraikan “team frontliner” yang bertugas bagi membendung wabak bahaya ini.

“Alhamdulillah hari ini selesai penghantaran pack makan tengahari kepada 400 petugas frontliner PDRM, KKM di Pusat Kesihatan dan Klinik sekitar Dun Beserah serta Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah.”

Pihak pejabat Adun juga merakamkan ribuan terima kasih kepada individu individu yang menaja program hari ini.

HargaiPengorbananFrontliner
Mereka Bekerja Untuk Kita
Kita Duduk Di Rumah Untuk Mereka