6 November 2020
SUNGAI LEMBING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bersama Yayasan Amal Malaysia (YAM) Cawangan Pahang telah menyampaikan set pembesar suara kepada Surau Nur Iman, Sungai Lembing, Kuantan.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok kepada Imam surau tersebut, Ustaz Junit Kadir dengan disertai bersama oleh Pengerusi YAM Pahang, Johari Abdul Wahid dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Abu Yazid yang juga merupakan Pengerusi Surau Nur Iman.
Majlis penyerahan diadakan secara ringkas selepas solat Jumaat. Surau Nur Iman di perkampungan Orang Asli Sungai Mas ini adalah surau yang diberi kebenaran bagi melakukan solat Jumaat.
Program sumbangan set alat pembesar suara ini adalah usaha susulan YADIM dan YAM sebagai kesinambungan dari program Semarak Dakwah 2020 sempena sambutan Kemerdekaan ke 63.
Sebagai usaha Melestari Gerakan Dakwah, YADIM memerlukan sokongan dan dokongan tenaga sukarelawan yang ramai.
Orang ramai disaran mendaftar sebagai SUKARELAWAN YADIM untuk sama-sama bergandingan tenaga bagi menggerakkan usaha dakwah Islamiah di lapangan.
Klik pautan berikut untuk mendaftar:
https://forms.gle/xwbNmzZoTkWksypt6