KUALA KANGSAR: Pelancaran WINS 2051 dalam program Fastaqim 2.0 di Terengganu yang lalu membeuktikan kesungguhan PAS untuk mentadbir Malaysia sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.
WINS 2051 adalah satu usaha PAS untuk memastikan kesejahteraan negara seiring dengan syariat bahkan ia dinikmati rakyat tanpa penindasan serta kezaliman.
Perkara tersebut dinyatakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Qahr Syams dalam Pembentangan Halatuju PAS di Siri Jelajah Hijau 2.0 di Kompleks PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan, di sini, 3 Disember lalu.
“PAS tidak hanya bercakap semata-mata namun persediaan PAS untuk mentadbir Malaysia adalah satu usaha bagi mengembalikan Islam dalam kehidupan masyarakat sepenuhnya maka dalam Pilihan Raya 14, pemuda PAS perlu memastikan PAS berjaya menangi hati rakyat.