Home Berita PAS Pahang

Wartawan Rakyat berbengkel mantapkan penulisan berita

89
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

KUANTAN, 26 Feb – “Berita sangat penting kerana menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat.

“Oleh itu muslimat gunakan peluang untuk memantapkan penulisan berita bagi membantu wakil rakyat di kawasan masing-masing khasnya mengenai aktiviti-aktiviti mereka membantu rakyat.

Begitulah antara kata-kata aluan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang (DMPN) Ma’aratul Husna Roslan dalam Program Bengkel Pemantapan Tatabahasa Penulisan Berita di Permatang Badak di sini semalam.

Menurut beliau lagi penulisan berita yang baik dapat menarik minat masyarakat untuk terus membaca berita setiap kali diterbitkan.

Harapan beliau juga semoga bengkel ini dapat mencungkil bakat baru bagi muslimat yang pertama kali hadir dan berminat menceburi bidang penulisan ini.

Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta dari 13 kawasan negeri Pahang dibimbing oleh editor Harakah Ibnu Janie.

“Bengkel ini sangat bermanafaat untuk kami, senang nak faham dan banyak contoh-contoh yang diberikan, semoga terus dapat membimbing kami,” kata salah seorang peserta Siti Zakiah Derani dari Temerloh.