Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan sumbang keperluan sekolah kepada asnaf

35
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
27 Februari 2024

PUTATAN : Program Kembali ke Sekolah anjuran PAS Kawasan Putatan bertempat di Dewan Madrasah As-Salam Kg Contoh Putatan dan Kg Pituru, Lok kawi pada 24 Februari 2024.

Seramai 100 penerima sumbangan beg sekolah dan peralatan alat tulis sempena sesi persekolahan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Semua bantuan ini adalah hasil sumbangan daripada orang ramai. Mudahan bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban para ibubapa”. kata Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah, Dr Afifi Saffudin.

Kata beliau, ekonomi sekarang ini tidak menentu dan harga barang makin naik dan membuat kos sara hidup makin meningkat.

Salah satu penerima melahirkan rasa kesyukuran ketika mendapat sumbangan melalui program kembali ke sekolah.

“Alhamdulillah terima kasih banyak membantu kami. Anak-anak memang perlukan 2 beg sekolah untuk memudahkan mereka ke sekolah sesi pagi dan agama sesi petang. ” ujar Syariah Umaina Abta penerima sumbangan.

Turut hadir, Timbalan Biro Kebajikan & Keprihatinan Sosial PAS Sabah, Nur Izzati Yusof, Ketua Biro BKKSPS PAS Putatan, Nurhayati Sutekno, AJK BKKSPS negeri & kawasan.