Home Berita PAS Perak

Warong Rider, Platform Servis Penghantaran Makanan dan Barangan | Info Negeri Perak

1275
SHARE
IPOH – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini telah melancarkan inisiatif Warong Rider, sebuah platform servis penghantaran makanan dan barangan.
Beliau berharap usaha ini akan mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan buat anak-anak penjaja daripada golongan B40, golongan belia menganggur atau hilang pekerjaan, golongan asnaf dan B40 serta ahli atau anak ahli yang berdaftar dengan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia.
Katanya, sebagai permulaan, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia (BSKM) akan menaja kos StartUp Kit sebanyak RM75 daripada kos keseluruhan RM250, bagi 480 rider.
Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada SME Corp kerana menaja baki kos StartUp Kit.
Tambahnya lagi, di bawah fasa pertama, kita menyasarkan 20 rider di setiap 24 kawasan Parlimen di negeri Perak.
Menariknya, Warong Rider ini turut tawarkan penghantaran dokumen, bungkusan, ubat-ubatan, barangan dapur dan khidmat belian barangan (personal shopper).
Ini sekaligus dapat membantu penjaja kecil, peniaga makanan dan pengeluar produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), peniaga online dari rumah dan golongan belia bagi memasarkan pelbagai produk di kawasan setempat.
Untuk pendaftaran dan permohonan layari http://program.perak.my/warongrider/