Home Artikel PAS Perak

My Healthy Garden, Tranformasi Landskap Sekolah | Info Negeri Perak

368
SHARE
MY HEALTHY GARDEN, TRANFORMASI LANDSKAP SEKOLAH
IPOH – Kelestarian alam memberi impak besar terhadap kehidupan masyarakat, landskap hjiau yang terpelihara turut menawarkan persekitaran kondusif bagi sesiapa untuk menjalankan sebarang aktiviti, sama ada untuk beriadah, bersosial, bekerja, belajar mahupun bermasyarakat.
Oleh yang demikian, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dalam usaha memperkasakan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Negeri Perak mewujudkan ‘My Healthy Garden’ yang memaparkan konsep penanaman tumbuh-tumbuhan dalam persekitaran sekolah dengan informasi 3K; kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, YB Razman Zakaria, ini adalah sejajar dengan kebimbangan yang dinyatakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak berkenaan isu kelestarian alam yang mengancam perubahan iklim dan pemanasan global.
“Menerusi kerjasama antara Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri, sebuah kawasan kondusif dalam persekitaran sekolah dapat diwujudkan sekaligus menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan yang bersih, indah dan ceria,’ ujarnya semasa melancarkan My Healthy Garden dan #mysalamperak di sini hari ini.
Tegasnya, program ini turut menggalakkan pelajar (Junior Ambassador) mencintai alam sekitar selain melatih diri menjadi agen penyampai maklumat tentang konsep pertanian bandar.
Menerusi program ini, 24 sekolah telah dibekalkan dengan ‘Hygrowpot Linktech Type-R 28 (HLT) set yang membolehkan murid ‘Junior Health Ambassador’ dan guru menanam tumbuhan menggunakan kombinasi teknik fertigasi dan hidroponik.
Kerajaan negeri melalui portfolio Razman dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak turut merancang untuk memperluas usaha yang sama ke seluruh sekolah di Perak dalam melestari dan menghijaukan negeri itu.
Sumber: Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]