Home Rencana PAS Wilayah

Warkah hari raya aidiladha

24
SHARE

Aidiladha adalah salah satu daripada hari raya bagi umat Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada penduduk Madinah:

فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ”Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad (12362))

Allah telah mengurniakan kepada umat-Nya dua hari raya ini untuk kita menghayati kebesaranNya dan juga hikmah-hikmah di sebalik kedua-dua hari berkenaan.

Khusus pada Hari Raya Aidiladha, kita dapat mengambil iktibar daripada pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan keluarganya sebagai tanda taat dan patuh kepada perintah Allah walaupun perlu melepaskan sesuatu yang amat kita cintai.

Justeru itu, marilah sama-sama kita berusaha agar mampu berkorban sehebat itu dalam apa jua bentuk, demi agama kita dan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah.

Akhir sekali, dalam keseronokan kita meraikan Hari Raya Aidiladha, pastikan kita menjaga kesihatan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan di samping menjaga kebajikan orang sekeliling kita dengan memberi bantuan setakat kemampuan.

Salam Aidiladha buat semua.

YB Senator Puan Hajah Nuridah Mohd Salleh
Penyelaras Parlimen Wangsa Maju