Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, suatu yang unik di Terengganu ialah agensi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri boleh bekerja bersama-sama dengan sangat harmoni.
“Dalam tempoh 5 tahun kita bekerja bersama-sama dalam satu keluarga besar Pertanian Terengganu.” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian Negeri itu, mengucapkan terima kasih kepada Puan Hasmila Abas Pengarah LPP dan semua warga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu
“Terima kasih atas undangan ke Perhimpunan Bulanan LPP Terengganu hari ini.” tambah beliau
Beliau turut mengucapkan Selamat bersara kepada Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu Encik Saipudin Abas, yang telah berkhidmat selama 38 tahun dan bakal bersara esok,
“Saya sangat berharap agar keharmonian ini jangan diganggu gugat dengan sentimen politik sempit walaupun Kerajaan Pusat dan Negeri berbeda yang akhirnya akan merugikan rakyat.” ujarnya lagi