Home Kenyataan Media PAS Kedah

DEWAN MUSLIMAT PAS KEDAH SOKONG MB LAWAN PENCABULAN FEDERALISME

272
SHARE

DEWAN MUSLIMAT PAS KEDAH SOKONG MB LAWAN PENCABULAN FEDERALISME

Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DMPNK) menzahirkan sokongan dan berbangga dengan kepimpinan YAB Dato’ Sri Muhammad Sanusi Md Noor , Menteri Besar Kedah yang cemerlang serta tidak tunduk kepada pencabulan semangat federalisme.

DMPNK senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah YB Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya bahawa Kerajaan Persekutuan pada hari ini melaksanakan federalisme terpilih dan gagal bersikap profesional dalam hubungan antara Kerajaan Pusat dan Negeri.

Menteri Besar Kedah mempunyai asas yang jelas untuk bertegas mempertahankan hak-hak Negeri termasuk projek yang bakal memajukan negeri seterusnya membuka ruang pekerjaan kepada anak-anak Kedah. Malangnya hak negeri ini diremehkan dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal. Malah bukan lagi satu rahsia bahawa satu demi satu majlis melibatkan Kerajaan cuba menidakkan kehadiran MB.

DMPNK yakin dan percaya bahawa rakyat hari ini semakin bijak untuk menilai. Kebijaksanaan ini terserlah dengan pilihan memberikan majoriti undi yang besar kepada Perikatan Nasional dalam PRU ke-15 baru-baru ini.

Kerajaan Persekutuan sepatutnya fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukannya tidak henti-henti bermain politik. Luahan keresahan rakyat melimpahi media sosial demi untuk mendapatkan perhatian dan tindakan daripada Kerajaan.Namun malangnya bukan solusi yang diberikan, tetapi aksi politik yang di luar batas profesionalisme.

DMPNK terus menyokong teguh pentadbiran Menteri Besar Kedah dan yakin rakyat pasti tidak akan membiarkan negara ini diatur secara semborono dengan amalan menyimpang dari prinsip tatakelola yang dilaung saban dekad.

YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah

ADUN Merbau Pulas