Oleh : Jaudin M Amin
BUKIT GANTANG, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menghulurkan sumbangan hasil pertanian kepada kepada penduduk Kampung Menteri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Sumbangan disampaikan Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Haji Razman Zakaria di Pusat Operasi PKPD Kampung Menteri, Matang di sini, semalam.
Razman berkata, “Sumbangan hasil pertanian iaitu 3000 tongkol jagung, 300 biji limau bali dan 300 biji rock melon merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial koporat (CSR) agensi-agensi pertanian negeri.”
“Kita terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kepada penduduk kampung ini yang bukan sahaja berada dalam kesulitan akibat PKPD, malah mereka berhadapan pula dengan bencana banjir sejak awal minggu ini,” tambahnya.
Turut hadir, Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Muhammad Faisal Abdul Rahman, Timbalan YDP, Zulkefly Ahmed, Pegawai Daerah Larut Matang & Selama, Mohamed Akmal Dahalan dan Penghulu Mukim Matang, Nasharudin Nawi.
Razman turut meredah air dan menziarahi mangsa-mangsa banjir di beberapa kampung dalam Mukim Matang diiringi bersama Jabatan Amal Bukit Gantang.