Home Berita PAS Perlis

DMPNPs lawat projek rumah asnaf

480
SHARE

Oleh AMIRUL SYAKIRIN

ARAU, 21 Ogos: Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah mengadakan lawatan ke rumah asnaf yang telah siap dibina di Kampung Tanjung Gelam, Simpang Empat, dekat sini semalam.

Rumah berkenaan dibina menerusi peruntukan yang disediakan oleh Baitulmal.

Selain itu, LKK Dewan Muslimat PAS Malaysia turut menyumbang sebanyak RM7000 bagi menampung kos penambahan rumah dan pembelian perabot rumah tersebut.

Antara yang menyertai lawatan semalam adalah Ketua Muslimat PAS Perlis, Latifah Mat, Pengarah Jabatan Pilihan Raya DMPNPs, Nor Shahirah Salleh dan Pengerusi LKK DMPK Arau, Nor Fatimah Ariffin .

Menurut Latifah, pihaknya bersyukur kerana projek pembinaan rumah berkenaan berjaya disiapkan setelah tertangguh lebih setahun.

“Alhamdulillah, akhirnya mereka (penerima rumah asnaf) dapat memiliki sebuah rumah yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Bagi pihak DMPNPs, kami juga merakamkan jutaan ucapan terima kasih atas keperihatinan LKK DMPM yang turut sama menyalurkan sumbangan kewangan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.