Home Berita PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju tekad bantu rakyat

40
SHARE

Oleh: Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 29 Ogos : 10 paket makanan asas siri ke-8 telah diagihkan oleh PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama NGO Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera kepada penduduk Seksyen 4, Wangsa Maju, semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bertujuan meringankan beban kewangan golongan B40 di sana akibat penularan wabak Covid-19.

PAS Kawasan Wangsa Maju dan Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahteta merakamkan jutaan terima kasih kepada para penderma serta petugas yang bertungkus lumus menyediakan pembelian dan pembungkusan paket sumbangan.

“Kita sedar jumlah ini tidak mungkin cukup untuk semua keluarga yang sedang mengalami kesempitan. Oleh itu, saya seru lebih ramai agensi dan NGO agar turun membantu lebih ramai lagi yang memerlukan bantuan sebegini”, ujar YB Kak Nuri.

Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan penularan wabak ini.

”Kita menghargai komitmen mereka yang sanggup ikat perut akibat bebanan kewangan demi mematuhi SOP yang dikuatkuasakan kerajaan.

”Namun, peraturan demikian perlu diutamakan dalam semua urusan harian kita, termasuk pemakaian pelitup muka, membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan untuk mengekang virus ini dari terus merebak”, ulasnya.