Home Berita PAS Negeri Sembilan

Warga emas ucap terima kasih PAS baikpulih atap

153
SHARE

Oleh : Faizah MY

SEREMBAN, 15 November-Sabariah Yaacob,73, mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada PAS di atas usaha dan sumbangan baikpulih atap rumahnya di Kampung Rawa, Lenggeng hari ini.

Ibu kepada 2 anak dan juga tinggal bersama 8 orang cucu duduk di rumah yang agak uzur dengan atap rumah berlubang dan lebih buruk lagi jika hujan lebat turun.

Ketua LKK PAS Seremban, Ghazali Abu Bakar memaklumkan bahawa usaha mendapatkan sumbangan untuk membaik pulih atap asnaf telah dimulakan sejak bulan Oktober lepas dan hari ini telah dapat memulakan kerja-kerja membaikpulih atap rumah ini.

Menurut beliau lagi, kerja-kerja baikpulih diketuai Ishak Omar, Pengerusi LKK PAS Negeri Sembilan dan pembaikan atap dijangka siap dalam 2 hari.

Antara kerja-kerja yag dibuat adalah menukar atap lama kepada atap baru, kerja-kerja awalan dan pembersihan serta pembelian bahan-bahan baikpulih.

Dalam masa yang sama, ada di kalangan ahli PAS yang membantu turun padang membantu membuat kerja-kerja baikpulih setelah bertugas membantu gerakerja pilihanraya di Melaka.

Begitulah hebatnya ahli PAS yang tidak mengenal penat lelah dalam memberikan khidmat kepada masyarakat demi kesejahteraan rakyat.

Turut membantu ahli-ahli Khidmat Malaysia Negeri Sembilan.