Home Berita PAS Selangor

Waqaf air Syabab Care Malaysia di Sik, Kedah – Naib KP PAS Selangor

15
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SIK, 26 September – Sekalung lafaz syukur diucapkan oleh Syabab Care Malaysia ke hadrat Allah SWT atas bantuan daripada semua pewaqaf telaga Syabab Care yang sudi menyumbang dana untuk beberapa projek waqaf telaga yang diusahakan di Sik, Kedah.

“Sumbangan waqaf anda ini telah dimanfaatkan untuk pelaksanaan projek penyediaan bekalan air kepada penduduk luar bandar yang berada jauh daripada sistem bekalan paip utama kampung-kampung sekitar Sik”, kata Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga penggerak utama Syabab Care Malaysia.

“Semoga wakaf anda diberkati Allah SWT dan juga didoakan agar ganjaran pahala kekal berpanjangan sebagaimana mengalirnya air kepada para pengguna”. “Jazakumullah khayral jaza’ kepada semua pewakaf”, katanya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Parlimen Sik, YB Ust Ahmad Tarmizi Sulaiman dan seluruh petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sik yang banyak membantu team Syabab Care Malaysia sepanjang mereka melakukan kerja-kerja korek telaga di sini.

May be an image of outdoors and tree

“Ayuh kita waqafkan harta kita untuk manfaat ummah. Sesiapa yang berminat untuk waqaf, boleh hubungi kami di talian 016-2259002”, sambungnya lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor