Home Berita PAS Wilayah

Wanita Muda PAS Proaktif Ajak Turun Undi

337
SHARE

Oleh Dhiya’ Muttmainnah

BATU, 29 Oktober: Muslimat Muda PAS komited dekati anak muda untuk turun mengundi dalam Pilihanraya Umum Kali Ke-15 yang semakin hampir.

Sekitar 99 orang pengundi muda di Flat Sri Perak, Sentul telah berjaya ditemu ramah sempena Ziarah Mega anjuran Unit Pengundi Muda Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu baru-baru ini.

Ketua Unit Pengundi Muda, Nurul Awatif Fasihah berkata, Ziarah Mega yang dijalankan ini jelas membuktikan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sangat menitikberatkan perihal kebajikan dan keadaan semasa para pengundi muda.

Serahan sumbangan barangan dapur dan tunai kepada wanita muda yang memerlukan di flat tersebut juga telah dilaksanakan secara berkala sebelum ini.

“Aktiviti sebegini secara tidak langsung memberi ruang kepada kita untuk memberi kesedaran kepada golongan muda hari ini tentang pentingnya undi mereka dalam Pilihanraya Umum Kali Ke-15 nanti”, ujar beliau.