Home Artikel PAS Perlis

Wacana Bukti PAS Komited Soal Pendidikan

257
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Penganjuran Wacana Pendidikan oleh Lajnah Pendidikan PAS Negeri Perlis baru-baru ini menyerlahkan komitmen PAS negeri ini dalam memastikan mutu pendidikan di institusi-institusi pendidikan kelolaannya sentiasa berada pada tahap terbaik.

Pada program yang berlangsung di Kompleks Pendidikan MADI dekat sini itu seramai 80 orang peserta hadir.

Mereka terdiri daripada para guru daripada institusi-institusi pendidikan yang bernaung di bawah PAS negeri ini iaitu MADI, MATIN, SRIAT, SRIAF dan MGPN.

Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan yang bertajuk ‘Cabaran Pendidikan Masa Kini’ dan ‘Peranan dan Tugas-tugas Guru Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam.’

Selain itu, slot dialog turut diadakan pada akhir sesi program bagi memberi peluang kepada para peserta memberikan respon serta cadangan masing-masing berhubung isu-isu yang telah dibincangkan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan ketika berucap merasmikan penutupan wacana berkata, institusi-institusi pendidikan milik PAS perlu sentiasa peka dan bersedia dengan setiap perubahan serta perkembangan yang berlaku dalam bidang pendidikan bagi memastikannya tidak ketinggalan dan sentiasa relevan.

Untuk itu katanya, aspek peningkatan tahap profesionalisme para pendidik mesti sentiasa dititikberatkan agar mereka mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang sentiasa berubah-ubah.