Home Artikel PAS Perak

(VIDEO) ‘Hantaran Fitnah Harakatdaily’- PJ PAS Perak Buat Laporan Polis

207
SHARE

‘HANTARAN FITNAH HARAKATDAILY’ – PJ PAS PERAK BUAT LAPORAN POLIS

BAGAN SERAI – Satu laporan polis telah dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak Tuan Haji Razman Zakaria di ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pagi tadi.
Ia berikutan dakwaan sebuah portal di media sosial yang memaparkan poster dengan tulisan,
‘Seruan untuk solat hajat agar mahkamah menolak fitnah jahat pada 30 Mei 2020 ke atas Paul Yong.
YB Hj Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Kebenaran pasti datang’
disertai gambar Razman dan Paul Yong serta logo atau lambang parti PAS.
Portal yang dinamakan ‘Harakatdaily HD-‘ itu turut membuat kenyataan ‘PAS Perak arah ahlinya bermunajat bagi mendoakan agar ADUN Tronoh dibebaskan daripada kes rogol amah’ seiring dengan poster tersebut.
Susulan itu Razman menyatakan portal tersebut telah membuat fitnah dan mungkin berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi beliau serta PAS itu sendiri.
Justeru beliau turut berbincang dengan peguam untuk mengkaji dengan lebih teliti berkenaan perkara tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu pada sebelah petang hari yang sama Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol sekali lagi hadir ke Balai Polis Bagan Serai untuk memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat dalam rangka memberikan kerjasama membantu pihak polis menjalankan siasatan.