Home Artikel PAS Pahang

Vaksin Covid19 ; Ketua Pemuda PAS Pahang Gesa Rakyat Daftar Segera

293
SHARE

VAKSIN COVID19 ; Rakyat Digesa Daftar Segera Untuk Capai Immunity Kelompok

Hari ini saya telah divaksin untuk dos yang kedua seperti butiran temujanji yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.

Setelah dos yang pertama pada 7 Mac 2021 dan hari ini dos yang ke dua 28 Mac 2021 butiran telah dikemaskini di aplikasi MySejahtera dan saya telah sempurna menjalani proses vaksinasi.

“Saya menyeru semua pemuda PAS dan rakyat Malaysia supaya mendaftar segera di aplikasi MySejhatera untuk kita capai sekurang-kurangnya 70% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas diberikan suntukan vaksin ini bagi mencapai imuniti kelompok.”

Sehingga 26 Mac 2021 sebanyak 551, 548 telah divaksin di seluruh negara dengan dos pertama sebanyak 446, 617 dan dos ke dua sebanyak 194, 631. Kini sehingga 26 mac 2021 baru 7, 094, 484 yang mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk menerima vaksin Covid19 dengan capaian peratus sebanyak 29.3%.

Angka pendaftaran untuk menerima vaksin ini masih rendah justera saya sekali lagi mengambil kesempatan untuk menyeru supaya semua rakyat Malaysia segera mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi menyatakan sokongan kita sebagai rakyat Malaysia kepada Program Imunisasi Kebangsaan ini.

Vaksin ini sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB PM akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia. Ini menunjukkan begitu prihatinnya pihak kerajaan kepada semua rakyat bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan hidup.

Vaksin ini akan diberikan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 24 Februari ini membabitkan tiga fasa.

Fasa pertama katanya, akan membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan, dengan program imunisasi dijadualkan tamat pada April.

Fasa kedua pula membabitkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Mereka ialah warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021.

Manakala fasa ketiga membabitkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula Mei hingga Februari tahun depan, dengan fasa ini bertujuan membentuk perlindungan kelompok, seterusnya mengawal pandemik secara menyeluruh.

Program imunisasi yang dilaksanakan ini adalah merupakan satu program mensejahterakan semua rakyat sesuai dengan konsep Islam yang sememangnya mementingkan keselamatan nyawa sebagaimana yang telah tercatat di dalam maqasid syariah.

Dewan Pemuda PAS Pahang menyambut baik pelan imunisasi ini yang telah disusun oleh pihak kerajaan.

Kerajaan PN, kerajaan prihatin rakyat.

Sejahtera Bersama Islam

YB Ustaz Ahmad Zakhwan Ahmad Badardin
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang
Adun Tahan