Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ustazah Nuridah Tekad Sempurnakan Amanah

532 views
SHARE

KUALA LUMPUR : YB Ustazah Nuridah Mohd Salleh selesai melafazkan ikrar sumpah sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membawa gelaran YB Senator.

Majlis tersebut turut disaksikan kepimpinan Muslimat PAS Malaysia di Dewan Negara, hari ini.

“Saya Nuridah Mohd Salleh Setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Negara.

“Dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala daya upaya saya.

“Bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaan,” ikrar beliau.

Dengan penuh azam, beliau menyatakan kesungguhan untuk melaksanakan amanah dan taklifan itu sebaiknya serta mengharapkan sokongan dan dokongan khusus daripada Kerajaan Terengganu dan Parti Islam Se-Malaysia, PAS.

Ketika ditemui, beliau menyatakan akan membawa isu-isu kemasyarakatan yang menyentuh rakyat Terengganu dalam sidang Dewan Negara serta sebagai ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, isu-isu kewanitaan juga akan menjadi keutamaannya.