Home Berita PAS Perlis

Ustaz Yussaine Yahya Kekal Teraju PAS Kawasan Kangar

1570
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-44 yang berlangsung pada 7 April lalu menyaksikan Ustaz Yussaine Yahya kekal meneraju PAS Kawasan Kangar bagi sesi 2019 – 2021.

Turut mengekalkan jawatan masing-masing ialah Wan Hassan Ismail (Timbalan Yang Dipertua) dan Hj. Baharuddin Ahmad (Naib Yang Dipertua).

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan perihal konsep serta kepentingan Taawun Siyasi dalam menjayakan agenda kesatuan ummah.

Turut diulas ialah cabaran yang dihadapi oleh PAS dalam menangani segala bentuk fitnah dan konspirasi yang dicipta oleh pihak musuh yang bertujuan melemahkan parti berkenaan.

Lebih 200 orang perwakilan serta pemerhati hadir dalam MAT berkenaan yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dekat sini.