Home Berita PAS Perlis

PAS Cawangan Guar Syed Alwi Dipilih Cawangan Cemerlang PAS Kangar

1523
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : PAS Cawangan Guar Syed Alwi, Kangar telah dipilih menerima Anugerah Cawangan Cemerlang Kawasan Kangar sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kangar Kali Ke-44 yang berlangsung pada 7 April lalu.

Anugerah Ketua Cawangan Terbaik pula menjadi milik Noordin Mahmud daripada PAS Cawangan Behor Temak manakala PAS Cawangan Behor Empiang terpilih menerima Anugerah Keahlian Teramai.

Turut naik ke pentas menerima anugerah ialah Hjh. Hatun Osman yang menerima Anugerah Siti Khadijah.

Sementara itu, PASTI Tarbiyatul Atfal Jejawi Dalam, dinobatkan sebagai PASTI Terbaik Kawasan Kangar manakala Nurul Hasnaa Abdul Rani daripada PASTI Pra Tahfiz, Taman Seri Guar pula menerima Anugerah Guru Cemerlang PASTI.

Kesemua anugerah telah disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya yang hadir merasmikan mesyuarat agung berkenaan.