Home Berita PAS Pahang

Ustaz Mujib ziarah mangsa kebakaran Sg. Nerek (F)

112
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

CHENOR, 3 Okt. :: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah terbakar di Felda Sg. Nerek.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu rumah yang disewa oleh Mohd Parul Razi Omar musnah dijilat api.

Semasa kejadian berlaku mangsa tiada dirumah kerana berada dirumah ibu mertua.

Punca kebakaran masih dalam siasatan Jabatan Bomba. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Semua mangsa kini menumpang dirumah ibu mertua mereka yang juga tinggal di Felda Sg. Nerek.

Hadir sama dalam ziarah ialah Penghulu Mukim Bukit Segumpal Shahril Apindi Ahmad, Pengerusi JKKK Sapian Husain dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Maran Azman Kamaruddin.