Home Berita PAS Perlis

Ustaz Fakhrul Teraju PAS Kangar

355
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 17 Okt: Ustaz Fakhrul Anwar Ismail dipilih menerajui kepimpinan PAS Kawasan Kangar bagi sesi 2021 – 2023.

Pemilihan dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kangar Kali Ke-46 yang berlangsung semalam.

Beliau menggantikan penyandang jawatan sebelum ini iaitu Ustaz Yussaine Yahya.

Jawatan TYDP dan NYDP walaubagaimanapun kekal disandang oleh Wan Hassan Ismail dan Baharuddin Ahmad.

Seramai 80 orang perwakilan hadir pada mesyuarat agung berkenaan yang diadakan di Kompleks Pendidikan MATIN, Abi Padang Machang, di sini.