Home Rencana PAS Selangor

Mesyuarat Agung PAS Tanjong Karang kali ke58 – PAS Kawasan Tanjong Karang

207
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : PAS Kawasan Tanjong Karang

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tanjong Karang Kali Ke 58. Majlis dapat diadakan secara bersemuka di dewan Kompleks PAS Tanjong Karang dengan mengikut SOP dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM.

Untuk Mesyuarat pada kali ini telah diadakan pemilihan untuk jawatankuasa kerja kawasan yang baru bagi sesi 2021-2023. Pemilihan kali ini adalah sangat penting bagi setiap kawasan sebagai langkah utama dalam menghadapi PRU ke 15 yang bakal menyusul.

Majlis diadakan dalam keadaan yang sangat lancar dengan kehadiran ahli-ahli PAS Tanjong Karang yang ramai dari setiap cawangan-cawangan PAS seluruh Tanjong Karang membangkitkan lagi semangat sepanjang majlis berlangsung.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis hari ini. Tidak kira dari Jabatan Amal, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama’ dan Jawatankuasa Pemilihan, mahupun kepada ahli-ahli PAS sendiri.

Semoga dengan jawatankuasa kerja yang baru ini hmgerak kerja menguatakan Parti dalam menyebarkan dakwah dan kerja-kerja kebajikan dapat diperkukuhkan lagi dan dalam masa yang sama dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh semangat dalam menghadapi PRU-15.

17 Oktober 2021 | 10 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor