Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ustaz Fairuz bertembung calon BN di N05 Serting

192
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

JEMPOL, 29 Jul : Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa, calon Perikatan Nasional bagi N05 Serting akan berdepan dengan satu lawan satu calon daripada Barisan Nasional (BN), Muhamad Zamri Omar.

Pengumuman telah dibuat dalam majlis penamaan calon yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah, Bandar Seri Jempol, di sini hari ini.

Pengumuman oleh Pengurus Pilihan raya, Nawal Mohamad Amin dibuat selepas selesai proses penamaan calon kira-kira jam 10.30 pagi.

Kerusi N05 Serting telah dimenangi oleh calon dari Barisan Nasional (BN) , Dato’ Shamsulkahar Mohd Deli dengan memperolehi 9,782 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang lalu.

Manakala calon dari PAS, Muhamad Alzukri Muhamad Yassin mendapat 1,837 undi dan Abd Rahman Ramli calon dari PKR-PAN memperolehi 6,014 undi. Majoriti undi adalah sebanyak 3,768 undi.

Pembubaran telah diumumkan pada 1 Julai lalu. Penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos sementara tarikh keluar mengundi pada 12 Ogos.