Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Ust Ismi Tokoh Ulama Muda dan Usahawan Berjaya Harapan Penduduk Bota

1698
SHARE

Ust Ismi Tokoh Ulama Muda dan Usahawan Berjaya Harapan Penduduk Bota

Oleh : Ibnu Rahim

Anak jati Perak ini dikenali sebagai Ustaz Muhammad Ismi bin Mat Taib. Dilahirkan di Kampung Selboh, Parit, Perak pada 24 Mei 1974. Pada PRU 14 kali ini diamanahkan untuk bertanding di N.40 Bota.

Sejak mula menceburkan diri dalam arena politik dan dakwah, beliau sangat komited menggunakan kemahiran dan kepakaran yang ada untuk menyumbang kepada perjuangan Islam.

Beliau telah melanjutkan pengajian hingga ke peringkat Antarabangsa. Berikut ialah latar belakang pendidikan beliau :

● Ijazah Sarjana (M.A) Usuluddin Al-Quran & Al-Hadith, Universiti Malaya.

●Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, Universiti Jordan.
● Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
● Sek. Men. Agama Izzuddin Shah, Ipoh.
● Sekolah Kebangsaan Parit

Beliau juga sangat prihatin dengan kebajikan masyarakat tempatan. Anrara kerjaya yang telah diceburi ialah :

● Pengerusi dan Pembimbing Umrah Darul Mubarak Travel Tours (2004-Kini)
● Pensyarah Institut Pendidikan Guru KBM, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
● Pensyarah Sambilan UiTM
● Guru Agama Bertauliah Negeri Perak

Seluruh masa dan tenaganya diinfaqkan kepada perjuangan. Antara keterlibatan beliau dalam politik :

● Yang DiPertua PAS Parit
● Timb. Pesuruhjaya 1 PAS Perak
● Pegawai Khas Presiden PAS
● Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Pusat
● Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat
● Anggota Kesatuan Ulama’ Sedunia
● Timbalan Pengerusi Lajnah Al-Quds Kesatuan Ulamak Sedunia