Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Usrah Pertama PAS Kawasan Rembau PascaPRU ke-14

266 views
SHARE

Usrah Pertama PAS Kawasan Rembau Pasca PRU ke-14

Oleh: Rusilah Md Som

PAS Kawasan Rembau terus melangkah ke hadapan dengan program usrah pertama pasca PRU ke-14 yang diadakan di Bilik Gerakan PRU TTJ, di sini kelmarin.

Usrah diadakan bagi menyambut kedatangan Ramadhan itu di buat untuk kesinambungan parti PAS mentarbiah ahli-ahli di samping untuk melihat berapa ramai ahli yang terus istiqomah dengan PAS.

Alhamdulillah, kehadiran ahli dalam usrah ini amat memberangsangkan dan luar biasa. Antara pimpinan yang hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Kamarol Ridzuan Mohd Zain, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Rozmal Malakan serta Ustaz Mohd Alizan yang mengetuai usrah tersebut.

 

Ustaz Alizan telah menyampaikan taujihad mengapa perlunya semua ahli PAS kekal dalam perjuangan PAS. Antara pesanannya, ahli PAS berjuang bukan kerana PAS tetapi berjuang untuk memenangkan Islam, iaitu berjuang kerana Allah.

Tambahnya lagi, perjuangan PAS merangkumi tiga aspek utama, iaitu dakwah, tarbiah dan siasah. Justeru usrah merupakan medan untuk mendidik ahli agar mampu berdakwah dan seterusnya mentarbiah mad’u serta mampu berbicara tentang politik negara dalam menuju Malaysia Sejahtera.

Sehubungan itu, Ustaz Alizan mengingatkan semua ahli bahawa PAS parti dakwah dan dakwah merupakan kerja yang perlu dilaksanakan berterusan selama 24jam tanpa henti.

Ustaz juga mengambil ibrah dari kejayaan nabi-nabi terdahulu, iaitu Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan lain-lain dan membacakan sebuah hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Kematian kerana taat kepada Allah lebih mulia daripada hidup buat maksiat pada Allah.”