Home Berita PAS Perlis

Usrah Mantapkan Kefahaman, Ukhuwah Guru PASTI Perlis

1058
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Usrah Perdana PASTI Negeri Perlis Siri 3/2020 yang berlangsung pada 16 September lalu berjaya menghimpunkan seramai 132 guru PASTI dari seluruh negeri Perlis.

Bertempat di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dekat sini, program yang berlangsung dalam suasana normal baharu itu dimulai dengan dengan bacaan Al-Mathurat disusuli dengan slot usrah oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Turut diadakan pembentangan taqwim bulan September hingga Disember serta sesi taklimat Projek Aulad.

Menurut Ustaz Asrul, pelaksanaan siri usrah perdana PASTI bersifat serampang dua mata iaitu selain menjadi medan pengisian ilmu kepada para peserta, program berkenaan juga bermatlamatkan memantapkan ukhuwah guru-guru PASTI Negeri Perlis.

“Alhamdulillah, memasuki bulan September, PASTI Negeri Perlis telah berjaya melaksanakan tiga siri usrah perdana dengan rekod kehadiran yang cukup baik meskipun kita masih berada dalam fasa PKPP.

“Bukan sekadar hadir untuk slot pengisian, para guru juga memanfaatkan setiap pertemuan yang dihadiri untuk mengukuhkan ukhuwah sesama mereka,” katanya ketika ditemui di sini.