“SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor
Oleh : SRITI Kuala Selangor
Seluruh warga kerja SRITI Kuala Selangor mengucapkan sekalung terima kasih kepada Ustaz Abd Kadir Bin Umar atas bakti sebagai pengerusi SRITI Kuala Selangor 2018-2021.
Beliau memulakan langkah sebagai Pengerusi SRITI pada 2018 dengan pelbagai inisiatif dan usaha penambahbaikan terhadap SRITI Kuala Selangor. Antara inisiatif beliau adalah pemantapan sistem pengurusan kewangan, penambahbaikan dokumentasi pentadbiran dan rancangan pembangunan fasiliti yang lebih baik.
Beliau juga telah menguruskan sebidang tanah waqaf dan memulakan proses pembangunan dengan kos keseluruhan projek RM 1,500,000.00 untuk SRITI Bukit Melawati. Langkah telah dimulakan dan bakal disambung dengan nafas baharu. Beliau juga sedang menguruskan proses pembelian bangunan kedai untuk kemudahan warga SRITI Puncak Alam yang bakal siap pada 2024.
Semoga segala budi baik beliau diterima oleh Allah SWT dan dikira sebagai amal kebajikan. Warga kerja SRITI Kuala Selangor akan menyimpan segala memori bersama dan menghargai segala pengorbanan serta bakti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
InsyaAllah, pengganti beliau akan dimaklumkan selepas ini secara rasmi dan pastinya segala inisiatif baik akan diteruskan serta penambahbaikan baharu akan dibuat oleh Pengerusi SRITI Kuala Selangor yang bakal disytiharkan nanti.
21 Oktober 2021 | 14 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor