Home Rencana PAS Selangor

Tahniah Majlis Perbandaran Hulu Selangor – Ketua Pemuda DPPK Hulu Selangor

282
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "DEWAN PEMUDA PAS HULU SELANGOR HULU SELANGOR Sekalung Tahniah Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pengisytiharan MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 21 Oktober 2021 bersamaan 14 Rabi' Awwal 1443 Hijrah DEWAN PEMUDA PAS HULU SELANGOR DEWAN PEMUDA PAS HULU SELANGOR Pemuda PAS Hulu Selangor"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohd Zulwafi Bin Bahaudin
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor

Sekalung tahniah buat Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang dahulunya dikenali Majlis Daerah Hulu Selangor(MDHS) yang kini diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran.

Majlis Daerah Hulu Selangor yang dahulunya pernah dihadiahkan dengan penyapu simbolik kepada kelemahan mengutip cukai kini pastinya memberi rasa bangga hasil kerja keras selama ini.

Kita harus bangkit daripada kelemahan. Banyak yang perlu diperkasakan untuk bergerak kehadapan.

Proses urbanisasi dan pembanngunan daerah Hulu Selangor pastinya semakin pesat dan rancak.

Mewakili suara anak muda, saya mendoakan semoga penaiktarafan ini memberi manfaat yang besar buat penghuninya terutama anak muda. Peluang pekerjaan, rumah pertama dan lain-lain.

Insya-Allah. Disamping terjaganya kelestarian alam semula jadi. 50% dari keluasan daerah sebesar negeri Melaka ini adalah banjaran Titiwangsa dan hutan simpan kekal, semoga terus menghijau.

Bandar Sejarah,
Bandar Warisan,
Bandar dalam Taman.

“Semoga Terus Maju Hulu Selangor”

21 Oktober 2021 | 14 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor