Home Berita PAS Terengganu

ECRL beri limpahan ekonomi

57
SHARE

KUALA TERENGGANU – Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi pada tahun 2027 akan memberi limpahan ekonomi di Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ECRL akan mewujudkan ruang niaga melalui kemudahan dan infratruktur yang ada.

Katanya, kedatangan pelancong juga akan lebih rancak sekali gus mewujudkan pelbagai aktiviti perniagaan dan percambahan ekonomi setempat.

“ECRL ini 70 peratus adalah kargo atau barangan, 30 peratus pula penumpang kerana inilah diwujudkan setesen ECRL yang akan membuka peluang kepada pembukaan dan memjukan kawasan industir, dengan adanya stesen ini maka akan ada orang berniaga, buat kilang dan sebagainya yang boleh dibuka di daerah Besut dan Setiu.

“Dua daerah ini yang selama ini jika dilihat dari keseluruhan negeri agak tertinggal dari segi pembinaan kawasan industri, namun sedikit masa lagi, insya-Allah tempat ini bakal berubah seperti tempat maju yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya projek ECRL itu pernah dibatalkan ketika zaman PH memerintah di mana jajaran awalnya terletak di Kampung Raja.

“Tetapi selepas ia diteruskan semula setelah berunding balik jajaran telah diubah untuk menjimatkan kos, jajaran asal seperti cadangan kerajaan pusat dengan CCCC iaitu kontraktor yang membinanya terletak di laluan pantai, kosnya mahal kerana melibatkan ‘soil treatment’ atau rawatan tanah di sekitar situ ialah tanah bris,” katanya.

Dalam pada itu menurutnya, laluan ECRL itu juga menjanjikan pemandangan yang cantik sepanjang laluannya di Terengganu.

“Kawasan sekitar Darau akan menjadi laluan stesen ECRL iaitu berdekatan Alor Keladi Lubuk Kawah ke Kelantan yang akan menjanjikan pemandangan cantik berlatarkan sawah padi.

“Pelbagai pemadangan akan dapat dinikmati, bukit, hutan, jalan raya semua itu terdapat di sepanjang ECRL di Terengganu ini tetapi laluan Alor Keladi Lubuk Kawah merupakan antara tempat yang mempunyai pemandangan yang tercantik,” katanya.