Home Kenyataan Media PAS Perlis

Usah Diam Seribu Bahasa, Ambil Tindakan Terhadap ‘Musuh Negara’

1063
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

USAH DIAM SERIBU BAHASA, AMBIL TINDAKAN TERHADAP ‘MUSUH NEGARA’

1. DPPNPs menyambut baik ucapan Menteri Pertahanan, Mohamad bin Sabu yang menyifatkan mana-mana pihak yang menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan musuh negara.

2. Tindakan menghina benteng terakhir negara itu adalah amat melampau dan tidak sewajarnya dilakukan oleh seseorang yang bergelar rakyat Malaysia .

3. Justeru, DPPNPs menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak yang digelar ‘musuh negara’ oleh Menteri Pertahanan supaya perbuatan sedemikian tidak lagi berulang di samping memberikan pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia.

4. Kerajaan juga diingatkan supaya tidak berdiam diri dengan perbuatan yang menghina para perajurit kita serta tidak hanya mengeluarkan kenyataan yang bersifat retorik politik semata-mata mahu meredakan keadaan.

HAZIQ ASYRAF DUN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
18 Ogos 2019 | 17 Zulhijjah 1440H