Oleh : ANNA TAN
Tawau : Tahun ini adalah tahun ke-10 Unit Pengupayaan OKU (UPAYA) PAS Kawasan Tawau menyantuni Orang Kelainan Upaya (OKU) pada bulan Ramadan sejak ia pertama kali diadakan pada Ramadan 2014.
Pada tahun ini 120 OKU termasuk 6 tenaga pengajar kelas mengaji oku dan 4 sukarelawan menerima rm50 seorang beserta kuih raya dalam Majlis Mahabbah Ramadan Bersama OKU pada 15 April , Sabtu lepas.
Manakala 30 OKU yang terdiri daripada golongan asnaf menerima duit zakat daripada beserta bakul makanan daripada NGO Khidmat Sabah.
Pengerusi UPAYA, Ustaz Rosli Hasani berkata, Ibubapa yang diuji dengan anak OKU hendaklah sentiasa bersabar dengan ujian Allah SWT dan hendak tidak berasa malu kerana mempunyai anak istimewa.
”UPAYA PAS Tawau akan sentiasa berusaha membantu OKU untuk meringankan sedikit beban dan dengan mengadakan kelas-kelas mengaji ,” Kata Ustaz Rosli.
Penceramah jemputan , Ustaz Kamarudin Toyo pula telah mengajak para hadirin melaungkan zikir beramai-ramai untuk menambah keberkatan hari dan majlis.
Para OKU dan ibubapa yang hadir berasa sangat gembira atas sumbangan yang diberikan.
Pada sebelah petang Majlis Iftar bersama pelajar-pelajar kelas mengaji OKU telah diadakan di tempat yang sama.
Majlis Iftar turut mendapat sumbangan daripada Persatuan Orang-Orang Buta Islam Malaysia (PERTIS).