Home Berita PAS Sabah

Bakul Ramadan ringankan beban asnaf

38
SHARE

Oleh : NUR SYARIFAH ARIFFIN

Tawau : Sempena bulan Ramadan ini, serta Syawal yang akan disambut tidak lama lagi , Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) menyantuni dan mengagihkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan (LKK) DMPK Tawau , Siti Arfa Asrisal berkata, program Bakul Ramadan anjuran lajnah ini menyantuni golongan asnaf di sekitar Kg Batu 22 , di sini pada Khamis minggu lalu.

“Bantuan berupa bakul makanan ini diharap dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh asnaf yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup terutama menjelang Syawal.

“Proses pengagihan kepada 20 orang asnaf yang sudah dikenal pasti turut mendapat kerjasama daripada orang kampung”, katanya selepas proses pengagihan.

Pada sebelah petang telah diadakan majlis berbuka puasa  di Madrasah Bahru Ulum  , Balung.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau , Ustaz Rosli Hasani.

Dalam majlis tersebut YDP Mohamad Husain telah menyerahkan duit kepada pelajar-pelajar sambil memberi nasihat agar terus belajar agama dengan bersungguh-sungguh.