Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Undi Rakyat Diperlukan Untuk Bina Negara Sejahtera

240 views
SHARE

Undi Rakyat Diperlukan Untuk Bina Negara Sejahtera

Oleh: Basyirah Mohd Ghani

Rakyat perlu sedar bahawa keluar mengundi merupakan kewajipan bagi rakyat Malaysia yang menjadi salah satu urusan dengan agama islam.

Demikian catatan Presiden PAS mengingatkan rakyat kewajipan untuk melaksanakan amanah mengundi.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam masa sama turut menyeru rakyat memberi peluang kepada PAS memerintah negara dan memaklumkan akan mengemukakan calon yang berkaliber untuk mentadbir negara.

“Memandangkan tarikh pengundian pada hari Rabu, semua pengundi khususnya di perantauan semestinya berusaha untuk balik mengundi walaupun menghadapi pelbagai halangan, ujian dan kesukaran kerana tiada lagi tanggungjawab paling penting sebagai seorang rakyat melainkan menentukan kepimpinan negara.

“Saya menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan bangsa supaya memberi peluang kepada PAS berkuasa dan memerintah dengan tawaran penyelesaian Islam yang adil untuk semua bagi mewujudkan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

“PAS akan mengemukakan pelbagai latarbelakang calon yang berkaliber dan bersih rasuah untuk memimpin dan mentadbir negeri dan negara,” ujarnya.