Home Artikel PAS Pusat

Undang-Undang Syariah Bukan Sahaja Akan Dipertahankan Malah Diperkasakan

300
SHARE


UNDANG-UNDANG SYARIAH BUKAN SAHAJA AKAN DIPERTAHANKAN, MALAH DIPERKASAKAN

Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan berbincang bagi melihat penambahbaikan undang-undang Syariah.

Kerajaan sudah mempunyai Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah sehingga tahun 2025 yang melibatkan penggubalan empat akta baru dan pindaan terhadap tujuh akta sedia ada.

Usaha mengharmonikan Undang-undang Sivil yang berteraskan Undang-undang Lazim (Common Law) dengan Undang-undang Syariah juga akan diletakkan sebagai langkah utama.

Namun yang demikian, ingin saya tegaskan bahawa, dalam kita memperkasakan undang-undang Syariah, tidak boleh lalai menjaga asas sedia ada supaya tidak sampai diruntuhkan.

YB Ustaz Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
1 Mac 2021

#SejahteraBersamaIslam
#MembangunBersamaIslam
#DemiIslam