Home Berita PAS Pahang

Ukhuwah dibina dalam Program Hari Keluarga

70
SHARE

 

Oleh : KASDI KOSMIN

SEMAMBU, 19 Jan: Program hari keluarga mampu mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat.

Begitulah kata Penyelaras DUN Semambu Ustaz Zulfadli Zakaria yang juga sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota semasa ucapan perasmian dalam Program Hari Keluarga dan Sukan PASTI Taman Dato Rashid Kuantan baru-baru ini.

“Kekangan masa dalam mengurus kehidupan masing-masing agak sukar untuk kita berkumpul seperti ini untuk saling berkenalan di antara satu sama lain,” ujar Zulfadli.

Sementara itu Guru Besar PASTI Taman Dato’ Rashid, Amira Shazwani Ridzuan berkata, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru dan ibu bapa PASTI sangat membantu kelancaran program pada hari tersebut.

Selain itu, kanak-kanak dan ibu-bapa juga dapat belajar melalui banyak perkara seperti sikap saling bantu membantu di antara satu sama lain dalam acara pertandingan yang diadakan.

Pelbagai acara pertandingan diadakan yang melibatkan pelajar, ibu bapa dan guru iaitu acara membawa bola ping pong dalam sudu, semakin jauh semakin sayang, memecahkan belon, boling padang dan kerusi muzik.

Dalam pada itu seorang ibu yang menyertai program ini berkata, program seumpama ini sangat bagus dan wajar diadakan kerana
beliau dapat berkenalan dengan guru-guru juga ibu bapa di sekolah berkenaan walaupun mereka tinggal setaman.