Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ujian Buat HambaNya Yang Terpilih

643
SHARE

Ujian Buat Hambanya yang Terpilih

LUMUT 26 MEI 2017- Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad mengambil kesempatan menziarahi Tuan Haji Noh Ahmad, mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak setelah selesai Gelombang AKIFI semalam.

Tuan Haji Nohd Ahmad yang diuji dengan penyakit angin ahmar pada 18 April lalu, menunjukkan wajah gembira dan terharu menerima kehadiran Ustazah Nuridah dan Dr Najihatussalehah yang menziarahi beliau di kediamannya.

Menurut Tuan Haji Noh, beliau masih meneruskan rawatan fisioterapi di hospital. Beliau juga begitu bersemangat menceritakan kenangan menubuhkan Sekolah At Taalim di Seri Manjung Perak yang diletakkan di bawah pentadbiran PAS Kawasan Lumut. Pelajar Sekolah At Taalim kini mempunyai lebih 1000 orang pelajar dan telah melahirkan ramai golongan yang berjaya, sama ada dalam bidang profesional mahupun agamawan. Lebih membanggakan lagi, Sekolah At Taalim ini telah berkembang dengan penubuhan Sekolah Menengah At Taalim dan Pondok Darul Hadis yang terletak di  Batu 7, Lekir.

Semoga Tuan Haji Noh diberikan kesembuhan dan dapat meneruskan perjuangan di medan dakwah dan siasah.