Home Rencana PAS Wilayah

Ucapan yang dipertua PAS Titiwangsa sempena hari raya aidiladha1442h/ 2021h

14
SHARE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

Dengan rasa penuh kesyukuran atas rahmatNya, kita dapat meraikan Hari Raya Aidiladha atau juga dipanggil dengan nama Hari Raya Haji/ Qurban pada tahun ini walaupun di rumah masing-masing.

Negara kita masih belum pulih sepenuhnya daripada wabak ini dan merupakan tahun kedua Malaysia tidak dapat menghantar jemaah haji. Namun, seramai 263 orang rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji.

Walau bagaimana pun, rakyat Malaysia di sini akan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menjalankan ibadah qurban mengikut SOP yang telah digariskan. Amalan sunnah yang lain-lain juga digalakkan iaitu dengan memperbanyakkan takbir, tahlil serta tahmid dari 10 hingga 13 Zulhijjah.

Firman Allah SWT,

وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ ۙ

Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikaruniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)
(Surah Al-Hajj : 34)

Kita sebagai umat Islam haruslah berusaha menghayati dan mengikhlaskan diri melaksanakan ibadah qurban serta memperbanyak perkara-perkara sunat seperti berpuasa dari awal Zulhijjah, berzikir dan membaca Al-Quran. Mudah-mudahan, kita termasuk dalam kalangan hambaNya yang patuh.

Akhir kata, PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada penduduk di kawasan Titiwangsa. Kami mendoakan kesejahteraan buat semua umat Islam dan juga didoakan semoga semua amalan serta ibadah qurban kita diterima di sisi Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Mengerjakan Ibadah Qurban

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَجَعَلْنَا مِنَ الْعَآئِدِينَ وَالْفَآئِزِينَ

Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

Yang benar,

HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa.
19 Julai 2021 | 9 Zulhijjah 1442H

#PASTitiwangsa
#IslamMemimpinPerpaduan

See First | Like | Share