Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Menghayati kebesaran Allah, hikmah di sebalik aidiladha

34
SHARE

Allah telah mengurniakan kepada umat-Nya dua hari raya untuk menghayati kebesaranNya dan hikmah-hikmah di sebalik kedua-dua hari berkenaan.

Sabda Rasulullah SAW kepada penduduk Madinah:

فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ”Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad (12362))

Khusus pada Hari Raya Aidiladha, pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan keluarganya dalam mentaati perintah Allah walaupun terpaksa melepaskan sesuatu yang amat disayangi harus diterapkan dalam kehidupan kita.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk berkorban dalam apa jua bentuk yang termampu, demi agama kita ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini dapat kita imarahkan sebaiknya dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT walau dengan keterbatasan yang ada.

Patuhilah SOP yang telah ditetapkan kerajaan di samping mengambil cakna keperluan orang sekeliling kita dan memberi bantuan setakat kemampuan.

Salam Aidiladha untuk semua.
كل عام وأنتم بخير.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
19 Julai 2021 l 10 Zulhijjah 1442H