Bagi pihak seluruh rakyat Gunung Semanggol dan warga kerja Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, saya dengan penuh hiba dan dukacita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham YB Ahli Dewan Negeri (ADUN) Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib di atas pemergian beliau akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang hari ini.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Negeri Perak dan juga rakyat di kawasan DUN Slim serta UMNO Bahagian Tanjung Malim.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga.
Didoakan juga agar ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-fatihah.
YB TUAN HAJI RAZMAN BIN HAJI ZAKARIA
Rabu, 15 Julai 2020