Home Rencana PAS Selangor

Ucapan tahniah daripada PASTI Selangor – Pengarah Jabatan PASTI Negeri Selangor

8
SHARE

May be an image of 4 people and text that says "PEJASA ANUSIA PERKESO ETUA EKO Tahniah dan Terima Kasih Keprihatinan dan usaha yang berterusan untuk menjaga kebajikan guru PASTI, kami PASTI Selangor mengucapkan penghargaan tahniah dan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia dan PASTI Malaysia. #Youth4Green www.pastiselangor.com PASTI Negeri Selangor"

Ucapan Tahniah Dan Terima Kasih Daripada PASTI Selangor – “PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Mohd Faizol Bin Endut
Pengarah Jabatan PASTI Negeri Selangor

Keprihatinan dan usaha yang berterusan untuk menjaga kebajikan guru PASTI, kami PASTI Selangor mengucapkan penghargaan tahniah dan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia dan PASTI Malaysia.

1 Ogos 2021, hari yang sangat bersejarah dan bermakna buat seluruh warga PASTI bilamana guru-guru pasti telah berjaya dicarumkan dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Caruman PERKESO ini mendatangkan banyak manfaat buat guru-guru PASTI yang telah berkhidmat serta berkorban demi memastikan pendidikan anak-anak PASTI dapat berjalan sebaiknya.

Semoga guru-guru PASTI khasnya Pasti Selangor akan terus bersemangat meneruskan perjuangan mendidik anak-anak PASTI.

Akhir kalam, kami PASTI Selangor sekali lagi merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih khasnya kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia dan PASTI Malaysia di atas usaha dan kejayaan mencarumkan guru-guru PASTI dengan PERKESO.

Sekian terima kasih,

2 Ogos 2021 | 23 Zulhijjah 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor