Home Artikel PAS Wilayah

Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri, 1441H/ 2020M

1316
SHARE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

Setinggi-tinggi rasa penuh kesyukuran atas rahmatNya, kita diizinkan menyempurnakan puasa di bulan Ramadan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Walaupun suasana Hari Raya Aidilfitri kali ini berbeza, namun ia tidak menghalang untuk kita saling berhubung menggunakan teknologi, mendoakan sesama muslim dan saling memaafkan serta memperbanyakkan takbir, tahlil dan tahmid di rumah.

Semestinya kita semua mengimpikan suasana Hari Raya Aidilfitri seperti sebelum ini. Oleh itu, hendaklah kita mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh kerajaan agar wabak Covid-19 ini dapat diatasi dengan segera.

Tiga langkah utama yang mesti dipatuhi. Antaranya, memastikan memakai penutup mulut, elakkan bersalaman/bersentuhan dan menjaga penjarakan sosial sejauh satu meter.

Akhir kata, PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami mendoakan kesejahteraan buat semua muslim dan didoakan semoga diterima segala amalan serta kembali fitrah sebagai hamba Allah SWT.

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah : 185)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَجَعَلْنَا مِنَ الْعَآئِدِينَ وَالْفَآئِزِينَ

Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.

اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

Yang benar,

HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.
23 Mei 2020 | 30 Ramadan 1441H