Home Rencana PAS Selangor

Ucapan sempena Deepavali – Ketua DMPK Kota Raja

85
SHARE

May be an image of ‎text that says "‎Dewan limat اا_ن PAS Kota Raja Selamat MenyambutHari DEEPAVALI Vkhlas Daripada: DEWAN MUSLIMAT PAS KOTA RAJA Dewan Muslimat PAS Kota Raja muslimatpaskotaraja Muslimat KR Studio‎"‎

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Suzela Mohd Sani
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja

” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu) “.

[Surah Al-Hujurat : 13]

Islam mengajar kita agar saling kenal-mengenali antara satu sama yang lain tanpa mengira keturunan mahupun bangsa kerana kemuliaan seseorang itu terletak pada ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Dengan konsep Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, marilah kita merealisasikan dengan semangat perpaduan, berganding bahu, tolong-menolong, meraikan tanpa sebarang prejudis.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja ingin mengucapkan tahniah atas Sambutan Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu khususnya di Kota Raja ini. Raikanlah kepelbagaian ‘KeluargaMalaysia’ sebagai sebuah kekuatan bersama.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

4 November 2021 | 28 Rabi’ul Awwal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor