Home Berita PAS Selangor

Suasana Keluarga Malaysia harmoni – PAS Kawasan Sungai Besar

107
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Ahmad Fansuri

SUNGAI BESAR, 3 November – Program Keluarga Malaysia (Genggam Selangor) Parlimen Sungai Besar telah disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor.

Program yang berkonsepkan Keluarga Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri sebelum ini bertujuan bagi menjamin kestabilan negara seterusnya mengajak semua pihak untuk menjayakan hasrat murni ini demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Program yang diadakan di Pasar Jerami, Simpang 5 ini menyusun hampir 14 aktiviti bagi pengunjung dan orang ramai yang hadir memeriahkan program.

May be an image of 3 people and foodKemuncak program diakhiri dengan gimik pelancaran yang menggunakan “drone” dan dirasmikan oleh Ustaz Noor Najhan sambil diiringi oleh Ustaz Mohd Fadzin, YB Cikgu Muslimin dan pimpinan setempat.

May be an image of one or more people, people standing, people sitting and text that says "GENGGAM SELANGOR Pelancaran Grlanbang SEJAHTERA KELUARGA MALAYSIA (GENGGAM SELANGOR PARLIMEN SUNGAI BESAR (2"

Suasana harmoni dan sejahtera ini perlu dikekalkan dengan kemajmukan kaum dan kepelbagaian budaya supaya Malaysia terus berada dalam keadaan yang baik dan aman.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor